
gambar sekadar aku taruk jadi hiasan semate².. :p
Amalan berkorban yang dihayati oleh umat Islam hingga ke hari ini adalah sebahagian daripada warisan ajaran dalam syariat Nabi Ibrahim Alaihissalam. Perintah ibadat korban mengingatkan kita kembali kepada sejarah nostalgia yang amat indah dan menyayat hati yang dilakukan oleh keluarga Nabi Ibrahim dengan puteranya Ismail dan isterinya Siti Hajar. Sejarahnya indah kerana ia menggambarkan kekuatan, kekukuhan iman manusia yang terpuji yang lebih mementingkan perintah Allah daripada kasih sayang kepada makhluk anak sendiri. Sementara menyayat hati, kerana sejarah tersebut menceritakan penyembelihan yang dilakukan seorang ayah terhadap anak yang dikasihi..
Pada hakikatnya, berkorban itu mempunyai banyak hikmat. Di sinilah letaknya kekuatan dan kecemerlangan umat Islam sejati yang tidak mudah diganggu gugat dan dieksplotisi. Ianya mengandungi sifat-sifat luhur seperti kesabaran, kesatuan, tolong-menolong, penyayang dan prihatin. Dan yang utama ianya membersih dari tamak haloba, rakus dan mementingkan diri sendiri. Selain daripada mempererat silaturahim sesama Muslim, ibadat korban dapat merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin. Mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan kepada harta. Jelas kepada kita ibadat tersebut dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji di samping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, ikhlas dan murah hati. Perlu diingat bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat kedekut. Apabila kita membudayakan amalan berkorban itu dalam kehidupan, insya-Allah kita akan beroleh keselamatan dan keberkatan.
selamat menyambut ari raye korban to all... peace!!!